Skip to main content

Pengalaman menjadi seorang engineer

Engineer, sungguh gah nama itu, akan tetapi hakikatnya amat berbeza. Hari ni sudah hampir sebulan menjadi engineer. Dari kecil tu bercita cita jadi engineer, dan sekarang dah pun bergelar sebagai seorang engineer di sebuah kilang di Westport. "Alah acah lah budak ni, baru sebulan dah berlagak engineer" mungkin itu berada di fikiran tuan puan kan, tapi persetankanlah. Haha.

Sebenarnya saya masih belum lagi engineer sebenar, cuma dah bekerja sebagai engineer sahaja. Mesti pelikkan? haa, ni nak beritahu sikit. Untuk makluman nak bergelar sebagai engineer dekat Malaysia mestilah berdaftar dengan Board of Engineer Malaysia (BEM). Bila dah dapat scroll, dan degree yang anda ambil itu berakreditasi maka boleh lah berdaftar dan bergelar sebagai Graduate Engineer. Senang je kan, tapi masih ramai lagi engineer haram di Malaysia ni, sebab undang-undang memang ada, untuk seseorang mempraktis kejuruteraan mesti berdaftar, tapi ini semua dipandang temeh oleh majikan dan pekerja itu sendiri. Ni masuk bab lain dah, lain hari cerita lagi, sebab saya pun masih belum konvo lagi. Nak cerita lebih pun saya tak berpengalaman.

Jadi sekarang bila dah capai cita-cita nak buat apa? 23 tahun kejar cita-cita ni. Bila dah capai, pishang...

Engineer di kilang ni ibarat "go to person" , apa yang operator/supervisor/bos tak tahu semuanya ditanya kita. Ini bila dah berpengalaman lah, tapi untuk budak setahun jagung ni, memang kena belajar dari bawah lah. Apa yang anda belajar masa degree tu amatlah berguna, siapa yang kata tak berguna tu memang dia tak belajar apa-apa lah sebenarnya masa degree dia , dan degree dia hanya sehelai kertas berharga puluhan ribu.

Apa yang kita belajar masa degree dulu adalah asas, prinsip-prinsip semua tu, semua berguna cuma kita je kena tahu apply balik dalam situasi. Dan inilah yang menjadi satu tanggungjawab engineer, "your learning doesn't stop when you graduate, it just the beginning". Inilah hakikatnya jadi kepada siapa yang nak jadi engineer, bersedialah.

Belajar dekat kilang ni lain dengan dekat universiti, satu tips yang diberikan oleh HR admin bila saya mula mula sign offer letter adalah be humble. Dan nasihat itulah menyelamatkan saya, selalu engineer fresh kilang ni sebulan dah lari sebab ego tinggi, tapi Alhamdulillah, masih tiada lagi niat nak lari dan saya berasa bahagia dan seronok bekerja. Lama ni dekat kilang ni, InsyaAllah.

Nanti dah lama sikit jadi Engineer ni, saya akan update lagi pengalaman saya. Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Hidup lagi ke blog?

Blogger di 2018 Hidup lagi ke blogger dalam era modenisasi ini? dengan wujudnya instagram, twitter, facebook dan macam macam lagi lah. Akan tetapi, persetankanlah semua tu, niat saya menulis ada untuk berkongsi, saya tak tahu siapa akan membaca entry atau post ini semua, moga terhibur dan bermanfaat. Siapa saya? saya pun masih mencari siapa saya dengan harapan blog ini akan menolong saya mencari siapa sebenarnya diri saya. Sekian.